Tuesday 27 December 2011

Pengenalan

Pusat Kecantikan Hana Lisa yang beroperasi di Seksyen 18, Shah Alam menawarkan perkhidmatan kecantikan, khususnya perkhidmatan rambut, kecantikan muka dan kecantikan badan.

Bagi perkhidmatan rambut, kami juga menyediakan perkhidmatan rebonding dengan harga yang amat berpatutan berbanding dengan harga-harga yang dikenakan di sekitar ibukota Kuala Lumpur.

Selain dari itu, perkhidmatan kecantikan muka ("facial") kami dikendalikan oleh pakarunding kami yang terlatih dan berkelulusan (MLVK, Cidesco dan Joanna Hoare) dan boleh menyediakan perkhidmatan khusus bagi keperluan pelanggan-pelanggan kami.

Kami juga menawarkan pakej-pakej kecantikan badan (bagi wanita sahaja) yang amat berpatutan khususnya bagi bakal-bakal pengantin wanita dan juga bagi mereka yang ingin beristirehat. Perkhidmatan yang disediakan termasuk urutan badan, sauna, mandian (bunga, susu, rempah dan jacuzzi) dan pelangsingan badan (slimming).

Kunjungilah kami di alamat No 22A, Tingkat 1, Jalan Pinang D 18/D, Seksyen 18, Shah Alam. Kedai kami berhadapan dengan pusat membeli belah Ole-Ole di Seksyen 18, Shah Alam, bersebelahan dengan Giant Seksyen 18. Sila lihat peta di bawah


View Larger Map

No comments:

Post a Comment